Korang mengambil cuti sakit tapi bos kata tidak berbayar! Tidak boleh begitu. Mengikut undang-undang Seksyen 6F Akta Kerja 1955 korang berhak mendapat gaji semasa cuti sakit mengikut syarat-syarat yang ditentukan. Contohnya mempunyai sijil sakit yang dikelurkan oleh Doktor dan harus pergi ke klinik panel yang di sediakan oleh syarikat. Jika syarikat tidak ada klinik panel. Korang juga boleh pergi ke klinik lain. Doktor juga harus yang berdaftar dengan Akta Perubatan 1971.
Kadar bayaran ialah seperti biasa korang dibayar dalam sehari. Dan paling penting korang mesti kena bagi tahu majikan atau HR dalam tempoh kurang 48 jam! • 14 hari kesemuanya setiap tahun kelendar jika pekerja telah bekerja kurang dari dua tahun; • 18 hari kesemuanya setiap tahun kelendar jika pekerja telah bekerja untuk dua tahun atau lebih tetapi kurang dari lima tahun; • 22 hari kesemuanya setiap tahun kelendar jika pekerja telah bekerja untuk lima tahun atau lebih; Dalam akta ini lagi banyak perincian yang korang kena baca. 2) Waktu waktu kerja.